Sunday 9 May 2010

Selamat Hari IBU :)


HAPPY MOTHER's DAY to my Beloved IBU :))))
If there was a day for everything you have given to me as a mother,
it would be Mother's Day every day.
Thanks for always helping me to remember what is important in life...
You're the best! Thanks for all you do.
There's never been a minute I wasn't glad you were my Mom.
Putri loves you forever ♥



Assalamualaikum...
i know you miss me....... :D
i miss you guys too!

im actually superduper busy with assignments after balik dari China hari tuu...
but all i can say CHINA was AWESOME!!! :D
sekarang dah rindu dengan kawan2 disana.... :(

sorry pu3 lambat update blog ni.. heee jgn marah ekk...

im gonna share an article with y'all.. taken from PELITA BRUNEI ONLINE :)

Kem Belia China - ASEAN
Kagumi etnik Miao, China pelihara ekologi primitif

Laporan : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad
yang menyertai Kem Belia China - ASEAN dari 22- 28 April 2010

ROMBONGAN seramai sembilan belia terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, mahasiswa Universiti Brunei Darussalam, usahawan muda, artis tempatan dan wartawan menyertai Kem Belia China - ASEAN 2010 yang diadakan di Republik Rakyat China telah banyak menimba pengalaman mereka dari segi sejarah dan budaya negara China, tradisi secara komuniti yang diamalkan masyarakat tempatan yang berbilang minoriti masih lagi wujud sehingga ke hari ini.

Rombongan kem yang dihantar mewakili Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan anjuran All-China Youth Federation telah diadakan pada 22 hingga 27 April 2010 bertujuan untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan para peserta di dalam memperkembangkan lagi aktiviti-aktiviti dari segi budaya, kehidupan, sosial dan ekonomi setiap negara ASEAN yang turut serta di dalam perkumpulan tersebut.



PEMANDANGAN Xijiang sememangnya unik dan terserlah di negara China yang dikelilingi oleh kehijauan gunung-ganang dan sungai-sungai jernih, dengan keindahan landskapnya dan cita rasa kaum etnik Miao.


Menceritakan pengalaman bertemu dengan minoriti etnik Miao yang mempunyai hampir sembilan juta penduduk yang mana ianya adalah jumlah yang terbesar di antara kebanyakan kumpulan minoriti yang lain di negara China.

Setelah berhijrah dalam satu sejarah yang agak lama, pada hari ini kebanyakan daripada mereka menetap di beberapa buah daerah seperti Guizhou, Yunnan, Hunan, Hubei, Hainan dan kawasan bebas Guangxi Zhuang.

Salah sebuah desa minoriti etnik Miao adalah Xijiang yang terletak di dalam kawasan bergunung-ganang di bahagian tenggara Daerah Guizhou, Guiyang yang juga terkenal dengan nama China's Miao stockade village of one thousand households.

KEINDAHAN
Keunikan suasana pemandangannya bukan sahaja terserlah di mata negara China, tetapi juga di seluruh dunia. Desanya dikelilingi oleh kehijauan

gunung-ganang dan sungai-sungai jernih, dengan keindahan landskapnya dan cita rasa kaum etnik Miao yang kuat diintegrasikan di antara satu dengan yang lain.

Desa tersebut mempunyai anggaran seramai 6,000 penduduk yang menetap di kota kecil Xijiang, juga merupakan minoriti etnik Tong yang dianggap sebagai salah sebuah daerah pemukiman minoriti etnik Miao yang terpelihara ekologi primitifnya sehingga sekarang.

PESERTA dari Negara Brunei Darussalam yang menyertai Kem Belia China - ASEAN 2010 bergambar ramai semasa melawat Muzium Xijiang.

Keramaian penduduknya juga dianggap sebagai desa etnik Miao yang paling besar di Tiongkok. Para penduduk etnik Miao bermukim di rumah bertingkat yang dibangunkan di kawasan lereng gunung yang mana pemandangannya bagaikan hutan hijau yang terbentuk dari rumah bertingkat jika dilihat dari jauh.

Xijiang merupakan bandar kecil yang sudah diiktiraf sebagai kota budaya yang bersejarah di peringkat daerah dan merupakan salah satu desa minoriti etnik Miao bersama di antara 13 kota yang mendapat perlindungan pihak kerajaan negara China.

Xijiang juga dianggap sebagai balai budaya dan seni etnik Miao dan fosil hidup untuk mempelajari sejarah dan budaya kaum etnik Miao.

Di daerah tersebut bukan sahaja terdapat pemandangan alam sekitar ekologi yang asli dan tulen, tetapi juga terdapat adat istiadat desa etnik Miao yang berciri khas seperti menikmati masakan minoriti etnik Miao, melihat persembahan kebudayaan dan gaya kehidupan mereka.

Bahasa minoriti etnik Miao terbahagi kepada tiga dialek iaitu dialek daerah Hunan barat, dialek Daerah Guizhou Timur dan dialek ChuanQianDian (Sichuan, Guizhou dan Yunnan) yang menjadi kepunyaan kumpulan Miao-Yao divisi Sino-Tibetan.

Disebabkan sekian lama hidup dengan Han dan kaum-kaum lain, minoriti etnik Miao juga boleh berbahasa Cina, Dong dan Zhuang. Mereka telah menulis bahasa Miao milik mereka sendiri yang berdasarkan huruf Latin semenjak 1956.

SEORANG peserta Kem Belia China - ASEAN 2010 bergambar bersama dua orang gadis minoriti etnik Miao.

Suasana di Xijiang begitu indah dan unik sekali dengan pemandangan lereng-lereng gunung yang diselimuti kabus menambah lagi keindahan di sekeliling desa berkenaan.

Makanan asas minoriti etnik Miao adalah beras, manakala di antara hidangan kegemaran mereka yang lain adalah daging dan sup. Sayur jeruk, perasa pedas dan minuman wain buatan sendiri adalah hidangan wajib mereka. Hidangan pulut pula adalah menjadi satu kemestian sekiranya mereka meraikan hari-hari keramaian dan perayaan-perayaan.

Minoriti etnik Miao sangat mahir di dalam pembuatan kraf tangan seperti menyulam, menenun, batik dan membuat perhiasan-perhiasan perak. Sulaman etnik Miao dan perhiasan-perhiasan perak sangat halus dan cantik. Pakaian minoriti etnik sungguh berwarna-warni dari kepala hingga ke kaki walaupun ia menyulitkan.

Anak-anak perempuan yang berumur sekitar tujuh tahun akan diajar menyulam oleh ibu atau kakak supaya apabila mereka meningkat dewasa,

mereka akan menjadi lebih cekap membuat sulaman.

Gadis-gadis minoriti etnik Miao sangat suka kepada perhiasan-perhiasan perak dan walau di mana pun mereka berada, pakaian mereka terutama sekali perhiasan-perhiasan perak mereka akan menjadi tumpuan utama.

Budaya perhiasan perak telah diturunkan semenjak pemerintahan Dinasti Qin dan Han, dan hari ini ianya semakin menyerlah dan berwarna-warni.

Wanita Miao biasanya memakai mahkota perak, gelang-gelang, rantai-rantaian dan pakaian warna-warni di seluruh badan mereka, lebih berat lebih bagus kerana ianya menampilkan kecantikan dan kemewahan mereka.

INILAH suasana Xijiang iaitu sebuah desa minoriti etnik Miao yang terletak di dalam kawasan bergunung-ganang di bahagian tenggara daerah Guizhou, Guiyang yang juga terkenal dengan nama China's Miao stockade village of one thousand households.

Berat perhiasan-perhiasan perak yang dipakai oleh wanita Miao boleh mencecah sehingga 10 ke 15 kilogram. Minoriti etnik Miao juga percaya perhiasan-perhiasan perak boleh digunakan sebagai ikatan cinta dan azimat untuk anak-anak kecil supaya dijauhi daripada kuasa jahat.

Perhiasan-perhiasan perak mereka juga boleh didagangkan tetapi yang paling penting, ia bukan sekadar hiasan tetapi juga satu pembawa kebudayaan yang terserlah dalam kehidupan minoriti etnik Miao.

Muzium minoriti China pertama iaitu Muzium Xijiang telah ditubuhkan pada tahun 2005. Sulaman Xijiang, kerja seni perak minoriti etnik Miao, lagu-lagu lama Miao dan gaya seni bina Miao telah disenaraikan dalam National Intangible Culture Heritage pada tahun 2006.

Pada tahun 2007, Xijiang telah disenaraikan dalam World Intangible Culture Heritage di atas kegigihan dan keupayaan minoriti etnik Miao dan pada tahun yang sama, ia telah disenaraikan dalam Historical Culture Towns of China dan diberi anugerah sebagai Chinese Sightseeing Village.

heee.... panjang sangat ehh? hehehe
takpe guys, Enjoy reading! :D
nanti pu3 share gambar2 yg pu3 ambik k...
thats all for now...
take care people (=

0 comments: